Kenyalang I'm In Love


Tonton Episod Penuh

Sebuah drama terbitan Frontrow Pictures Sdn Bhd arahan Feroz Kader. Menampilkan lakonan Hafeez Mikail, Ain Edruce, Syaffiq Sahli, Intan Najuwa dan ramai lagi.

Dibintangi

Info Drama show more Info Drama show less

Sinopsis:

Mengisahkan AJ dan Wanda yang telah berkawan sejak dibangku sekolah lagi. Persahabatan mereka terputus apabila AJ berpindah ke kota raya. AJ yang telah pun membina kerjaya di Kuala Lumpur walau bagaimanapun terpaksa akur diberhentikan kerja dek kerana sabotaj teman karibnya, Khairul.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula, pada masa yang sama AJ telah ditinggalkan kekasihnya Sutra, yang tidak sanggup lagi hidup bersama AJ.

AJ yang mengalami kemurungan telah mengambil keputusan untuk kembali ke Sarawak, tempat beliau dibesarkan dengan harapan dapat kembali menjadi diri sendiri.

Ketika berada di Sarawak tanpa diduga, AJ telah bertemu kembali dengan Wanda yang dipaksa berkahwin dengan Wesli oleh keluarganya. Cinta AJ dan Wanda berputik kembali, namun pelbagai konflik, dan campur tangan keluarga terpaksa mereka hadapi. Apakah AJ dan Wanda mampu menangani kemelut cinta mereka?

Judul : Kenyalang I'm In Love

Jumlah Episod:13

Tarikh Mula Tayangan : 26 Ogos 2018

Waktu Siaran : Sabtu & Ahad, 6.58 petang

Siaran : Slot Dahlia TV3

Pengarah : Feroz Kader

Penulis Skrip : Salwana Sawi

Terbitan : Frontrow Pictures Sdn Bhd

Pelakon : Hafeez Mikail, Ain Edruce, Syaffiq Sahli, Intan Najuwa, Anding Indrawani, Ady Hamiz, May May, Zack Kool, Zila Bakarin, Manan Sulaiman, Aida Khalida, Shima Anuar, Aida Othman, Ali Mohamad

Lagu Tema/OST: Kenyalang I'm In Love - Aepul Drama Band & Mimie Haris Show Less

Saksikan Kenyalang I'm In Love Episod Penuh

Kenyalang I'm In Love - Episod 13 (Akhir)

Share kepada dunia tentang website ini